KEBANGKITAN di AKHIR ZAMAN
Fatamorgana membentuk keperibadian bertunjangkan kehidupan yg di jana oleh Dajjal Laknatullah. AWAS!!!

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala
puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam,Selawat dan salam ke atas Junjungan
Besar Nabi Muhammad s.a.w ,ahli keluarganya,kaum
kerabatnya,keturunannya,para sahabat baginda,para tabiin-tabiin,para
mujadid dan seluruh kaum muslimin.
Artikel kali ini adalah untuk
ingat-memperingati di samping kita terus membongkar akan kospirasi dunia
hari ini dan agar apa yang telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah
s.a.w 1400 tahun yang lepas akan terus terpahat dalam ingatan dan
menjadi amalan buat menghadapi dunia yang kian tua ini.
Sering
saja kita melayari ‘blog-blog’ yang memaparkan berbagai bentuk
konspirasi dunia hari ini dan berbagai juga maklumat baru yang
diperolehi setiap masa dan hari. Kita juga kerapkali mendengar akan hal
Islam hari ini,sebagaimana di Eropah , Sinar Islam semakin menyinari dan
telah mendapat tempat di kalangan masyarakat di sana,Pun begitu kita
tidak terlepas dari keadaan bahaya yang mengancam Umat islam di mana
carta kejatuhan penganut Agama Islam dan juga carta kejatuhan moral di
kalangan Umat Islam terutamanya di negara kita, yakni Malaysia amat
membimbangkan. Agaknya bagaimanakah kefahaman Islam di kalangan
masyarakat kita hari ini yer ?Sebagaimana yang telah disabdakan oleh
baginda Rasul…
Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ,” Sudah
hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini
kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu
kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong
dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di
bawah naungan langit.Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka
fitnah ini akan kembali “. Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Pesanan
baginda ini dapat kita perhatikan sekarang dan ianya semakin
menjadi-jadi dan perkara ini amat merisaukan kita. Masjid tersergam
indah tetapi jauh dari hidayah ALLAH dengan berleluasanya maksiat bahkan
pernah dipaparkan di dalam dada akhbar mengenai di perkarangan masjid
turut menjadi sarang maksiat. Betapa malunya kita apabila saudara
seagama yang melakukan perkara sebegini. Kita lihat pula hadis ini..
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata,Bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, ”
Kamu
akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu,sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang
biawak sekalipun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya,” Ya
Rasulullah ,Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi s.a.w
menjawab,” Siapa lagi kalau bukan mereka “.Hadis Riwayat Muslim

Para
musuh Islam sentiasa berusaha menjauhkan kita dari mendapat hidayah
ALLAH ,hidayah yang dapat mencegah perkara fahsya dan mungkar. Mereka
tidak akan jemu merosakkan kita,jadi di sinilah perlu kita lihat sejauh
mana yang dikatakan solat yang dapat menarik hidayah ALLAh dan mencegah
fahsya dan mungkar . Sebagaimana firman ALLAh yang bermaksud…
Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang fahsya dan mungkar
Di dalam hadis lain pula Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Siapa
yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan munkar, tidak
akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya.“(Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)
apakah hadis yang di atas ini yang berlaku kepada masyarakat kita sejak akhir-akhir ini?
…dan
amat malanglah bagi kita seandainya perkara sebegini terjadi dan
perlulah kita selidiki bagaimanakah untuk kita kembali sebagaimana yang
diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w sepertimana pepatah melayu ada
mengatakan ‘jika tersesat dihujung jalan maka baliklah kamu ke pangkal
jalan’,apa yang hendak dikaitkan dengan pangkal jalan adalah cara
sebagaimana Rasulullah s.a.w. mula-mula beragama dan bukankah Rasul juga
pernah bersabda di dalam hadis qudsi yang bermaksud ; “bermulanya agama
dengan mengenal ALLAH”.
Betapa kerasnya hati ini hinggakan begitu payah menerima keadaan yang berlaku hari ini,kita lihat pula hadis ini…
“Kelak
akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan;
seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa
belas kasihan.
Mereka gemar menumpahkan
darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila
kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila
berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu
memberi mereka kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya.
Anak
kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak
menyuruh berbuat baik dan tidak melarang pula yang mungkar. Mereka itu
sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada
mereka bererti kesusahan.
Orang yang
santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada
perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan
mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di
tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri adalah
sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di
antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak
akan dihiraukan.”
(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)
Jikalau
kita perhatikan pula hadis di atas ini mari kita perhatikan akan sirah
Rasulullah tatkala beliau mula-mula hendak mensyiarkan agama yang di
bawa beliau tatkala beliau baru balik dari Israk dan Mikraj. Masyarakat
pada masa itu mengatakan yang Baginda ‘gila’ sama sekali dan hampir saja
mereka yang baru saja hendak mengenal agama yang di bawa oleh
Rasulullah ini mula hendak melarikan diri. Maka di ajukan pertanyaan
terhadap Saidina Abu Bakar lalu beliau menjawab ‘aku tetap yakin jikalau
apa yang dikatakan itu adalah dari Muhammad’. Lihatlah begitu teguh dan
yakinnya beliau terhadap Rasulullah.
Cuba kita bayangkan pula
sepeninggalan Rasul terhadap kita lebih kurang 1400 tahun dahulu dan
kita bandingkan Sepeninggalan Nabi Ibrahim ke zaman Rasulullah.
Agak-agaknya berapa tahun yer ? Dan apakah kata-kata Abu Jahal tatkala
Rasulullah menyampaikan agama yang di bawa ketika itu. Dia mengatakan
yang apa yang mereka buat pada ketika itu seperti bertawaf di dalam
keadaan yang menjelikkan di Kaabah adalah agama yang dibawa oleh nenek
moyang mereka yakni agama Ibrahim. Dan Rasulullah juga tatkala sebelum
turunnya wahyu yang pertama beliau merasakan agama yang di amalkan pada
masa itu sudah jauh dari syariat agama yang di bawa oleh Nabi Ibrahim
a.s. Jadi bukanlah agama baru melainkan agama yang di bawa oleh Nabi
Ibrahim juga cumanya pada ketika itu sudah jauh dari syariat agama yang
sebenarnya seperti yang di bawa oleh Nabi Ibrahim a.s tetapi mereka
maseh mengatakan agama itu adalah agama Nabi Ibrahim juga.
Jadi ,
sudah berapa lama jarak antara kita dengan zaman Rasulullah s.a.w ? Dan
hari ini kalau kita pergi ke kelab ataupun disko dan kita lihat berapa
ramainya muka-muka yang sebangsa dengan kita dan di tanya mereka ini
sudah tentu mereka akan mengatakan yang mereka juga beragama Islam. Dan
hari ini berapa ramai pula yang akan marah jikalau kita mengatakan
tentang keIslaman seseorang,bukanlah tujuan untuk menghukumkan sesiapa
tetapi sekadar untuk kita bersama berusaha mengembalikan kegemilangan
agama Islam yang sebenar seperti yang di bawa oleh baginda Rasulullah
s.a.w.
Kita perhatikan pula hadis ini,
Dari
Abdullah bin Ma’ud dia berkata:’Ketika kami berada di sisi Rasulullah
SAW,tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan bani
Hasyim.Apabila terpandang akan mereka ,maka kedua mata Rasulullah SAW
berlinang airmata dan wajah baginda pun berubah.Aku bertanya,’Mengapa
kami melihat pada wajah mu sesuatu yg tidak kami sukai?”
Baginda pun menjawab,”Kami Ahlul Bait telah ALLAH pilih utk kami Akhirat lebih dari dunia.Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak shinggalah datang suatu kaum dari sebelah timur dengan membawa bersama-sama meraka panji-panji berwarna hitam.Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya.
Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yg mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yg memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan.Siapa di antara kamu yg sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji.Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” – riwayat Ibnu Majah.
Sudah bersedia utk mengikuti jemaah yg memegang Panji Kebenaran?

“Al-Mahdi
akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang
mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.” (Ibnu Majah)
Sebelah
Timur? Apakah kita tidak mahu turut menyertai mereka-mereka ini? Dan
bagaimanakah mereka-mereka ini,adakah semudah mengenali budak-budak
berseragam yang pergi ke sekolah-sekolah? Oh! tidak,sesekali tidak,
kerana dengan semudah itu Dajal dapat membunuh mereka. Untuk berjuang
dan mati syahid janganlah di anggap mudah.
Sedangkan di zaman para
sahabat menjadi Khalifah perang dahulu pun,mereka yang dilihat rajin
untuk menunaikan solat di waktu dinihari yang akan terpilih. Inilah
perkara penting sebagai hubungan dengan ALLAH untuk mendapat naungan dan
perintah perang bukan dengan membuta tuli jer. Pernah di satu ketika
tatkala Salahuddin mendapat tahu yang saudaranya telah dibunuh oleh
tentera salib dan beliau tidak terus mengeluarkan arahan perang
sebaliknya menanti petunjuk dari tuhan untuk memulakan peperangan. Dan
dalam satu ketika juga di perang Salib,umat Islam sampai dapat melihat
tentera Salib ini di bantu oleh Iblis sehinggakan kelihatan syaitan
turun dari langit,jadi siapa yang diperlukan untuk menentang
tentera-tentera setan ini jkalau kita tiada hubungan dengan ALLAH ?
Kata Sayidina Ali KMW,
“Maka
Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi
yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera
Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa
jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan
besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan
mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari
satu ibu dan satu ayah.”
Dari hutan? Adakah Hutan di
sebelah Timur Tengah? Inilah perkara yang memungkin yang ianya adalah
dari sebelah sini. Sesiapa juga akan berharap akan dapat bersama mereka.
Dan juga kita perhatikan masaalah sosial di negara kita semakin
parah,ini juga memungkinkan menjadi penyebab yang ianya akan bangkit
dari sebelah sini. wallahualam.
Dalam satu berita panjang mengenai
peperangan yang berlaku di antara panji-panji hitam dengan Sufyani yang
diceritakan oleh Saiyidina Ali Alaihissalam beliau ada menyebutkan : “… lalu (Allah) mengutus ke atas Sufyani itu seorang pemuda timur yang
menyeru kepada ahlil bait Nabi SAW – mereka pemegang-pemegang
panji-panji hitam merupakan satu kaum yang lemah – maka Allah pun
memuliakan dan menolong mereka, sehingga setiap yang menentang mereka
pasti akan dikalahkan…. Syiar mereka “alif mim ta – alif mim ta” (maut
bagi penentang mereka), kebanyakan yang terbunuh dikalangan mereka itu
pada tempat tempat disekitar timur. - Kanzul Ummal (Juzuk 14 Hadis 3967)
Alif = zat ALLAH
Mim = Muhammad ( sunnah )
Ta = takhta yakni ketakhtaan
Mim = Muhammad ( sunnah )
Ta = takhta yakni ketakhtaan
Tuan-tuan
yang dihormati sekalian, kerapkali artikel ttg konspirasi yang kita
lihat baik di dalam mahupun di luar negara,kebanyakkan hal berkaitan
‘Pyramid’,mengapa? Sebenarnya ini adalah pokok kekuatan yang sebenarnya,
jalan menuju ketuhanan yang sebenar tetapi cuba di olahkan supaya
menjadi Ilmu Dajjal hinggakan bila kita melihat saja segitiga, kita akan
katakan sumber Dajjal,cuba tuan-tuan lihat akan sirah
Rasul-rassul,semua Rasul mempunyai tempat uzlah di bukit-bukit atau
gunung-gunung dan kalau dilukiskan di atas kertas,akan nampak yang
bukit-bukit ini merupakan segitiga. Pada yang melalui mana-mana tarikat
pasti akan mengetahui perjalanan ini.
Perhatikan pula ayat di surah Ar-Rahman ayat 33 ini ;
Wahai
sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembusi langit dan bumi ,
maka cubalah kamu menembusinya . Kamu tidak akan dapat menembusinya
melainkan dengan satu kekuasaan !
perhatikan perkataan yang terakhir di dalam Arabnya, fikirkan !
perhatikan perkataan yang terakhir di dalam Arabnya, fikirkan !

Perhatikan petikan lirik dari kumpulan nasyid tempatan ini ;
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Hadis-hadis tentang Kiamat
Didapati
kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti
yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih
Bukhari dan Riwayat Tarmidzi
* 1)Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya,
“Rasulullah
s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari
kiamat” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
* 2)Zina bermaharajalela
“Dan
tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keledai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan
datang.” – Sahih Muslim
* 3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Daripada Abdullah Bin Amr Bin ‘Ash r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Bahawasanya
ALLAH S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan
sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi ALLAH S.W.T. menghilangkan ilmu
itu dengan mematikan alim-ulama’.
Maka
apabila sudah ditiadakan alim-ulama’ , orang ramai akan memilih
orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin
yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.
Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”Riwayat Muslim.
* 4) Bermaharajalela alat muzik
“Pada
akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada
yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi2 wanita” – Ibnu Majah.
* 5) Menghias masjid dan membanggakannya
Berkata Ali bin Abi Talib,
“Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
“Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
* 6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak
akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan
keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
* 7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
“ Tidak
akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik
dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali
orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
tidak mengingkari kemungkaran ” – Riwayat Ahmad ”
* 8) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak
akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik
dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali
orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
* 9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di
antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai
oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling
baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang
mulia” – Riwayat Thabrani.
* 10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.”Di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul
pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang.”
Tanda-tanda besar Kiamat
Era Pertama
* Penyakit tanpa ubat
* Dajjal bermaharajalela
Kekuatan Dajjal ini dapatlah dibayangkan dengan kecanggihan teknologi hari ini, beliau bukan sahaja boleh menguasai manusia malahan beliau juga dapat menguasai jin. Jikalau kita lihat hari ini,sebuah organisasi di mana ianya cenderung ke arah keruntuhan moral,adakah kita akan mengatakan oraganisasi ini mendapat arahan terus daripada Dajjal? Tidak samasekali ! Dari sinilah Dajjal menggunakan makhluk-makhluk alam lain sebagai pembantunya.
Kekuatan Dajjal ini dapatlah dibayangkan dengan kecanggihan teknologi hari ini, beliau bukan sahaja boleh menguasai manusia malahan beliau juga dapat menguasai jin. Jikalau kita lihat hari ini,sebuah organisasi di mana ianya cenderung ke arah keruntuhan moral,adakah kita akan mengatakan oraganisasi ini mendapat arahan terus daripada Dajjal? Tidak samasekali ! Dari sinilah Dajjal menggunakan makhluk-makhluk alam lain sebagai pembantunya.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap
kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa
malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya
aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat
kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Ath-Thabarani
mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh
Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak
ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.”
Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi
Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)
Jin
yang mendampingi kita semenjak kita dilahirkan ke dunia ini sentiasa
mendorong kita ke arah yang bertentangan dengan kehidupan yang baik
kerana mereka ini adalah telah hidup lebih dahulu daripada kita namun
kita maseh boleh membentuk mereka ini dengan ibadah dan suasana yang
membolehkan kita berIman dengan ALLAh s.w.t. walau bagaimana pun
perlulah diketahui yang ‘ sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin
‘.
Apabila mereka ini sudah terbiasa dengan suasana yang mendorong
ke arah kemaksiatan sebagaimana suasana nafsu-nafsi yang di jana oleh
Dajjal tadi, maka dia juga akan mendorong kita supaya ke arah
kemaksiatan .Jadi tidak mustahil seandainya kita pernah mendengar di
dalam dada akhbar bagaimana seorang guru boleh mencabul anak muridnya
sendiri.
Dajjal ini bukanlah tandingan manusia biasa yang hendak
melawannya ,melainkan kita ini hendaklah duduk di bawah Panji-panji yang
mempunyai guru yang makrifat dan mendapat bimbingan mereka ini.
* Imam Mahadi muncul
Dalam riwayat lain,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ; “Dunia
tidak akan berakhir sehingga orang-orang Arab dipimpin oleh seorang
laki-laki dari ahli baitku namanya serupa dengan namaku.” ( HR. Abu Dawud )
* Perang Sabil
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak
akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi.
Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi
di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan
pohon, ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku,
kemari dan bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon
Yahudi.” (HR Muslim)
* Turunnya Nabi Isa as bersama tenteranya dari langit
“Demi
yang diriku berada ditangannya,sesungguhnya Ibn Maryam hampir akan
turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil,maka ia akan
menghancurkan salib,membunuh babi,menolak upeti,melimpahkan harta
sehingga tidak seorangpun yang mau menerima pemberian dan sehingga satu
kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya” (HR. Bukhari,Muslim,Ahmad,Nasa’I,Ibn Majah dari Abi Hurairah)
Isa
AS, putera Maryam AS, akan menjadi seorang hakim yang adil dan penguasa
yang adil (dalam umatku), mematahkan dan meremukkan kayu salib dan
membunuh babi… Bumi ini akan dipenuhi dengan kedamaian seperti sebuah
bejana diisi dengan air. Seluruh dunia akan mengumandangkan dan
mengikuti satu kata yang sama dan tidak satu pun akan disembah selain
Allah. (HR Ibnu Majah)
* Dajjal dibunuh
Dalam satu hadis daripada Al-Nawwas bin Sam’an, katanya: “Rasulullah
saw menyebut perihal Dajal dan menyatakan: ‘…Sebenarnya Dajal itu
seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta
sebelah); … sebenarnya dia akan keluar di satu tempat antara negeri Syam
(Syria) dan Iraq.
“Dia akan melakukan
kerosakan di serata tempat yang dia sampai kepadanya (dengan menjadikan
kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur, dan
kampung orang yang enggan menerima dakwaannya susah meleset.
“Dia
akan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang
terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah bumi dan
tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur.
“Juga
menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong
dicampakkan jauh daripada yang satu lagi, kemudian diseru lalu kedua-dua
potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan
tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya.
“Demikian
juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam syurganya yang
dirasai oleh orang itu sebagai neraka, sebaliknya orang yang enggan
menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu
sebagai syurga; dan sebagainya).
“Nabi
bersabda lagi: “Wahai sekalian hamba Allah, selepas kamu mengetahui
demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada
dakwaannya!”
Kami bertanya: “Ya Rasulullah! berapa lama dia akan bermaharajalela di bumi?”
Baginda
menjawab: “Empat puluh hari, hari yang pertama, panjangnya seperti
setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti sebulan dan hari yang
ketiga seperti seminggu, manakala hari yang lain seperti hari kamu yang
biasa.”
Kami bertanya lagi: “Ya
Rasulullah! jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun itu,
misalnya cukupkah kami mengerjakan pada-Nya sembahyang untuk sehari?”
Baginda menjawab: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan.”
Rasulullah
menerangkan lagi: “Ketika Dajal itu bermaharajalela, Allah akan
menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran dengan
menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa pun
mengejar Dajal hingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama
‘Lud’ lalu membunuhnya.
Selepas itu,
datanglah suatu ka-um yang Allah sudah selamatkan mereka daripada
bencana Dajal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa menghapuskan kesan
kedukaan dan kesedihan daripada air muka mereka dengan menyatakan:
“Bahawa Dajal sudah pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka dengan
darjat kedudukan mereka dalam syurga”.
Nabi
bersabda: “Bahawa ketika Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang
menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan
firman-Nya:
“Bahawa Aku sudah mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj
wa Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka.
“Oleh
itu bawalah hamba-Ku yang bersama kamu berlindung di bukit Tursina.
Selepas itu Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan mereka pun meluru
turun daripada tiap-tiap tempat yang tinggi.”
“Nabi
Isa dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu hingga kepala lembu
menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus
dinar kepada seseorang kamu sekarang.
“Lalu
Nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh
mereka, maka Allah menghantarkan ulat menyerang batang leher Yakjuj wa
Makjuj, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya
satu jiwa.
“Kemudian Nabi Isa dan
pengikutnya turun dari bukit itu lalu mereka dapati tidak ada barang
sejengkal pun di bumi, melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk
disebabkan bangkai Yakjuj wa Makjuj.
“Maka
Nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah
menghantar sekumpulan burung yang batang lehernya seperti unta, maka
kumpulan burung itu pun mengangkut dan mencampakkan bangkai itu ke
tempat yang dikehendaki Allah.
“Kemudian
Allah menurunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan
airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi hingga menjadi bersih
dan rata seperti cermin.
“Allah berfirman kepada bumi: “Tumbuhkanlah tanaman kamu dan keluarkanlah buah kamu, dan kembalikanlah segala nikmat kamu.”
“Maka
pada masa itu, sebilangan orang boleh kenyang dengan hanya memakan
sebiji delima dan boleh berteduh dengan kulitnya dan pada masa itu juga
diberkati Allah pada susu hingga perahan seekor unta, mencukupi untuk
diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya.
“Susu
seekor lembu perahan juga mencukupi untuk diminum oleh satu kabilah dan
susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku
kaum.”
Nabi bersabda lagi: “Ketika
manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan berkenaan, tiba-tiba
Allah menghantar sejenis angin yang baik… lalu mengambil nyawa setiap
orang yang baik, mukmin dan Muslim, dan tinggallah saja orang yang jahat
dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti
haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”
Dan
pada satu riwayat yang lain: “Kemudian Allah menghantar sejenis angin
yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat
itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang ada dalam hatinya
seberat zarah kebaikan, melainkan diambil nyawanya oleh angin itu.”
Nabi
bersabda lagi: “Maka tinggallah saja orang jahat yang cepat bergerak
melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang, dan yang
menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka
tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta
tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk.”
Pada
saat itu, syaitan menyamar diri kepada mereka dan bertanya: “Tidak
malukah kamu meninggalkan jalan mendampingi diri kepada Allah? Tidak
mahukah kamu menurut ajakan aku? Maka mereka pun bertanya: “Jika
demikian apa yang engkau suruh kami lakukan?
Syaitan
pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka
kepada Allah (kononnya), mereka menerima ajakan syaitan itu lalu
menyembah berhala, sedangkan rezeki mereka mencurah-curah dan
penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang
pertama, yang mematikan segala yang bernyawa ...” – ( al-Nawwas bin Sam’an r.a Hadis riwayat Muslim ).
* Dunia kembali Sejahtera,aman,damai dan sentosa
* Manusia kembali menyembah berhala

Era kedua
* Al-quran diangkat ke langit

* Yakjuj wa Makjuj muncul dengan membuat kerosakkan
(
Demikianlah keadaan mereka ) hingga apabila terbuka tembok yang
menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap
tempat yang tinggi. Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang
benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur
ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): “Aduhai celakanya Kami.
Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami
daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang
yang menganiaya diri sendiri“. (Surah Al-Anbiyaa’ : 96 – 97)
* Raksasa terbit dari bumi Mekah ( Dabbatul ardh )
“Dan
apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis
binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa
sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.” (An-Naml: 82)
* Allah tandakan dahi mereka yang tidak beriman
* Allah matikan orang-orang yang beriman dengan angin sejuk

* Matahari terbit dari sebelah barat

Menurut Hadist Nabi saw. Rasullullah saw bersabda: “Salah
satu tanda Akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya… matahari
terbit disebelah barat. Pada masa ini, taubat sudah tiada.” hadith Muslim.
* Tiupan angin Sangkakala
23-101: Apabila
ditiup sangkakala, maka tidaklah ada lagi pertalian nasab
(kekeluargaan) antara mereka pada hari itu, dan mereka tidak saling
bertanya.
* Allah Gulungkan dunia
…dan akhir
sekali kita hayatilah lirik daripada lagu ini pula yang disampaikan oleh
satu kumpulan yang sedang naik dipersada muzik tanahair yang
berbekalkan semangat kemelayuan kita dan ingatlah bahawasanya usaha ke
atas agama sahaja yang dapat dilakukan melalui media massa hari ini dan
bukanlah sebenarnya usaha ke atas IMAN yang mana hendaklah dilalui
dengan jasad bukan duduk di depan skrin!
GEMBALA ILLAHI
Sepanjang jalan hidup kulalui
Membentang maksud yang Tuhan tunjuki
Memegang berpaut bertahan diuji
Menjelang menyahut panggilan Ilahi.
Membentang maksud yang Tuhan tunjuki
Memegang berpaut bertahan diuji
Menjelang menyahut panggilan Ilahi.
Segala liku badai kulalui
Menghiba pilu berbagai kurasai
Menggema kalbu menghurai hak Ilahi
Merasa rindu padaNya sebelum sampai mati.
Menghiba pilu berbagai kurasai
Menggema kalbu menghurai hak Ilahi
Merasa rindu padaNya sebelum sampai mati.
Aku gembala dari gunung tinggi
Aku gembala penyambung kalam Ilahi
Aku hanya menjunjung membakti
Aku hanya hamba Maha Tinggi.
Aku gembala penyambung kalam Ilahi
Aku hanya menjunjung membakti
Aku hanya hamba Maha Tinggi.
Aku menjelma demi memenuhi
Sebelum masa aku dipanggil pergi
Aku hamba yang mengabdi
Hidupku keranda abadi.
Sebelum masa aku dipanggil pergi
Aku hamba yang mengabdi
Hidupku keranda abadi.
Apa yang disampaikan
Untuk diamal diusahakan
Aku hanya utusan
Mengingat dan mengkhabarkan…
Untuk diamal diusahakan
Aku hanya utusan
Mengingat dan mengkhabarkan…

wassalam.
#IREKA SALSABILA
sumber: beritaunik
0 komentar: