Wednesday, December 26, 2012

Gambaran saiz nabi ADAM


gambaran+baju+replika+nabi+adam+%25284%2529 Gambaran Saiz Nabi Adam A.S
Assalamualaikum semua, pernah tak korang terbayang ketinggian umat zaman dahulu iaitu pada zaman nabi-nabi, sejauh mana ketinggian mereka? mungkin jauh bezanya ketinggian mereka kalau nak dibandingkan dengan umat manusia sekarang yang mejoriti ketinggian bawah daripada 2 meter.
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ (HR.Bukhari), Hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.
Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi kita iaitu Nabi Adam a.s adalah 60 hasta, dimana 1 hasta bersamaan dengan 45.72cm. Jadi tinggi Nabi Adam dianggarkan setinggi kira-kira 27.432 meter. Hampir mencecah 30 meter. Wallahualam. Idea menjahit baju Nabi Adam a.s tercetus daripada seorang pemuda Saudi Arabia, Bin Hamdan. Menurut Bin Hamdan, dia mendapat idea setelah membaca biografi Nabi Adam a.s. Baju Nabi Adam a.s iaitu setinggi 29 meter hanyalah replika yang dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Baju ini direka adalah semata-mata untuk melihat setinggi manakah Nabi Adam a.s. Tempoh menjahi baju tersebut memakan masa 18 hari dan mempunyai ketinggi 29 meter dan lebar 9 meter.
gambaran+baju+replika+nabi+adam+%25283%2529 Gambaran Saiz Nabi Adam A.S
gambaran+baju+replika+nabi+adam+%25282%2529 Gambaran Saiz Nabi Adam A.S
gambaran+baju+replika+nabi+adam+%25281%2529 Gambaran Saiz Nabi Adam A.S

P/s : Gambar-gambar di atas adalah gambaran saiz Nabi Adam A.S, baju itu hanyalah replika semata-mata untuk menentukan saiznya. Besar kan umat zaman dulu? wallahualam.
post by : iswahyudi

0 komentar: