Friday, October 26, 2012

Cara Ampuh memperkuat daya ingat


Adakah anda sering lupa? Kemungkinan kemampuan otak anda untuk mengingat sudah mulai menurun. Sebenarnya, lupa adalah proses permulaan mengingat sesuatu. Perlu anda ketahui, kemampuan daya ingat manusia umumnya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu mengingat, merekam, dan mendapatkan kembali. Tapi, adakah daya ingatan boleh ditingkatkan ? Bagaimana caranya?
1. Sentiasa mengingati Allah
Yang paling penting ialah ingat Allah s.w.t. sentiasa dengan berzikir. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepadaNYA.
2. Mengamalkan puasa
Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.
3. Berdoa
Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar anda diberikan kekuatan daya ingatan, hati yang tenang, dan minda yang cerdas.
4. Membaca dan menghafal Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
5. Relaksasi secara teratur
Salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan ingatan adalah berusaha mengendorkan ketegangan seluruh otot tubuh sebelum mempelajari sesuatu yang baru. Mengikut kajian, relaksasi otot dapat mengurangkan kecemasan yang sering dirasakan seseorang ketika berusaha mempelajari hal baru.
6. Tidur nyenyak
Tidur malam yang nyenyak, sangat baik untuk ingatan anda. Penelitian menunjukkan, orang yang terbangun ketika sedang bermimpi tidak mampu mengolah memori dari hari sebelumnya. Jadi, ia mudah lupa.
7. Istirahat cukup
Istirahat yang cukup amat penting supaya otak berfungsi secara maksimum, otak memerlukankan istirahat untuk mengendapkan dan mengkonsolidasikan ingatan. Istirahat yang diperlukankan otak bervariasi, bergantung pada kerumitan dan kebaruan informasi, serta pengalaman orang yang bersangkutan. Cara yang baik adalah memberi waktu istirahat otak 3 hingga 10 minit setelah otak beraktiviti selama 10 hingga 50 minit.
8. Kembangkan sikap mental positif
Gantilah setiap sikap mental negatif atau kritik terhadap diri sendiri menjadi sikap yang positif, kerana hal itu akan menimbulkan rasa keyakinan diri yang berpengaruh positif terhadap daya ingat.
9. Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan. Fokuskanlah segenap perhatian terhadap hal-hal yang penting di dalam memori anda bila anda sedang beristirahat dan rileks. Kalau anda mencuba mengingat sesuatu pada saat anda sedang lelah, maka besar kemungkinan anda akan kecewa.
10. Libatkan emosi
Peningkatan ingatan tentang suatu kejadian terkait erat dengan peningkatan emosi. Pengalaman yang melibatkan emosi akan lebih mudah diingat daripada pengalaman biasa.
11. Kembangkan ketajaman indera
Cubalah praktikkan ketrampilan pengamatan dan belajar memperhatikan sesuatu dengan menggunakan seluruh indera kita terutamanya penglihatan dan pendengaran. Jika ingin mengingat sesuatu, berhentilah sejenak, perhatikan dan catat apa yang ingin kita lihat dan dengar.
12. Berbicara sendiri
Kita juga boleh berbicara sendiri tentang sesuatu yang kita rencanakan. Misalnya, “Saya harus membeli susu dalam perjalanan pulang nanti.” Juga tentang sesuatu yang telah kita lakukan. Misalnya, “Saya telah mengunci pintu.” Mungkin kedengarannya agak pelik, tapi terbukti sangat efektif. Di sini telinga kita menguatkan ingatan kita. Tapi ingat, mengucapkannya tidak perlu secara kuat supaya tidak menimbulkan pertanyaan di benak orang.
13. Menata fikiran
Membentuk urutan informasi (mengelompokkan informasi) akan membuat sesuatu lebih mudah diingat. Ini juga akan mempermudah otak untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan diketahui.
14. Bayangkan dan kaitkan
Jika anda sulit mengingat nama, cubalah membayangkan. Kaitkan nama orang dengan suatu idea, simbol, orang, benda atau perbuatan, kemudian buat gambaran mental benda itu. Untuk mengingat nama Neil, misalnya, bayangkan orang yang sedang mengail. Pembentukan irama juga dapat memperkuat hubungan. Jika Larry memilki janggut, cubalah mengingatnya sebagai “Hairy Larry.”
15. Peta minda
Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan unuk mendapatkan maklumat daripda ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Ada juga yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan perseimbangan otak kiri dan otak kanan kerana prta minda merangkumi semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria, dan sebagainya dalam usaha keseluruhan.
16. Katakan berulang kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut. Bila kita membaca sesuatu, yang dapat kita ingat hanya sekitar 20%. Dengan mengulangi pembacaan keesokan harinya, lalu minggu berikutnya, sebagian besar informasi yang kita baca akan kita ingat.
17. Mendengar muzik klasik
Menurut Dr. Frances Ranscher dan Dr. Gordon Show, peneliti dari Universiti California, AS, orang yang sering mendengarkan muzik klasik akan mengalami peningkatan kemampuan penalaran. Menurut penulis The Mozart Effect, Don Campbell, mendengarkan muzik klasik juga akan membantu ingatan dan pembelajaran.
FAKTOR YANG MELEMAHKAN MINDA/DAYA INGAT
Antara penyebabnya :
· Makan kepala ikan.
· Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
· Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
· Makan makanan ringan dan makanan segera.
· Makan berlebihan , makanan yang terlalu berlemak dan kandungan gula tinggi
· Makan bawang mentah
· Makan makanan atau buah yang masam secara kerap ( jeruk, asam )
· Pengambilan kafein yang terlalu banyak ( kopi, nestcafe )
· Minum antara suapan makan , maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
· Minum minuman bergas dan beralkohol
· Merokok
· Kepala terdedah kepada panas terik cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.
· Tidur pada waktu asar
· Kurang tidur
· Tidur pada tengkuk ( belakang kepala )
· Fikiran runsing, stress dan hati sedih
· Melakukan maksiat dan dosa
· Tekanan darah tinggi
MAKANAN YANG BAIK UNTUK OTAK
Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. , kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat meningkatkan kekuatan otak dan sistem saraf kita. Banyak kajian yang menyatakan, pemilihan makanan yang tepat dapat meningkatkan kekuatan otak sehingga 50%. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
· Buah – buahan ( anggur hitam, kurma, buah delima, blue berry )
· Sayur – sayuran ( lobak merah, halia )
· Ulam – ulaman ( pegaga, daun sadri, kemangi )
· Tumbuhan herba ( ginkgo biloba )
· Bijirin dan kekacang ( badam, walnut, kacang soya, kacang a’das, biji labu, kismis, habbatus sauda )
· Roti
· Air ( air mineral, air zam zam, madu, susu, air soya, kopi )
· Minyak ( minyak ikan, minyak zaitun, minyak rosemary, minyak sage )
· Ikan tuna
· Telur ayam
· Daging ayam
· Vitamin B ( Thiamine (B1), Niacin (B3), Pyridoxine (B6), Complex (B12) )
Apa yang penting, makanan tersebut mestilah halal, segar, baik, seimbang, tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan dan tiada pewarna tiruan
#Rany Anggara

0 komentar: