Wednesday, December 26, 2012

Keadaan Masjid Al Aqsa Sekarang


Al Aqsa Mosque2 Keadaan Masjid Al Aqsa Sekarang
Assalamualaikum semua, lama juga aku tak update blog nie. Dah bersarang tikus agaknya nie. Huh ! Kesian, kesian dan kesian. Ahh, lupakan. Hah ! Pernah korang terpikir apa yang terjadi kepada Masjid Al-Aqsa sekarang? Pernah tak, pernah? Ooh, bagi yang pernah baguslah kerana selalu mengambil berat tentang keadaan di Palestin sekarang. Teruskan berdoa untuk saudara kita di sana. Bagi yang jarang, marilah kita mengetahui serba sedikit keadaan di sana.
keadaan%2Bmasjid%2Bal%2Baqsa%2B%25285%2529 Keadaan Masjid Al Aqsa Sekarang
Seperti mana yang kita tahu, rejim zionis sedang menjalankan penggalian di bawah Masjid Al Aqsa. Penggalian bawah tanah itu bukan saja membuatkan masjid berada dalam keadaan bahaya malah ia merosakkan binaan asas Masjid yang telah berdiri dengan kukuhnya sejak sekian lama. Kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian di bawah Masjid menyebabkan keretakkan yang berlaku di tiang, lantai dan dinding Masjid jelas kelihatan. Jom saksikan gambar keadaan di Masjid Al Aqsa.
keadaan+masjid+al+aqsa+%25281%2529 Keadaan Masjid Al Aqsa Sekarang
 Keadaan Masjid Al Aqsa Sekarang
 Keadaan Masjid Al Aqsa Sekarang
keadaan+masjid+al+aqsa+%25284%2529 Keadaan Masjid Al Aqsa Sekarang
 Keadaan Masjid Al Aqsa Sekarang
 Keadaan Masjid Al Aqsa Sekarang
Israel menggali dan terus menggali di bawah Masjid Al-Aqsa serta pernah mengakui secara terbuka, niat mereka untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa untuk membangkitkan semula “Temple Of Solomon” iaitu Kuil Sulaiman. Arkeologi dan para ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan Kuil Sulaiman terletak di bawah Masjid Al Aqsa. Kita tak tahu berapa dalam penggalian yang dilakukan tetapi sebagai saudara semuslim, kita jangalah berdiam diri dan membiarkan perkara ini berlaku. Sekurang-kurangnya kita berdoa agar keselamatan pendudukan di Palestin terjamin dan Masjid Al Aqsa terpelihara dari sebarang ancaman.
keadaan+masjid+al+aqsa+%25286%2529 Keadaan Masjid Al Aqsa SekarangLihatlah, mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah masjid).
P/s :  Satu entry ni pun dah ambil masa satu hari nak siapkan, Huh! Harap dapat dikongsi dan disebarkan bagi dijadikan teladan umat islam untuk bangkit berjuang demi ISLAM. Wallahuallam.

post by : iswahyudi

0 komentar: